Thursday, January 30, 2020

Pengalaman Ke Program Nak Ubah Hidup 2020.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

30.01.2020


Permulaan tahun baru Keknis tahun 2020 ini dimulakan dengan menambah ilmu bisnes, disebabkan sales Keknis semakin merundum 1-2 bulan lepas, Keknis perlukan seseorang untuk bantu ubah hidup Keknis dalam mengatasi masalah kewangan. Disebabkan antara impian besar Keknis tahun ni kalau diberikan rezeki dan jodoh Keknis niat nak kawen atau pergi menunaikan umrah dan opkos lah banyak guna duit kan. So sebelum bisnes Keknis bungkus, I need to do something to be the better person in my life!


Seperti tahun sebelum ini bila balik daripada Program Nak Ubah Hidup 2019, sales Keknis terus mencanak naik. Macam ada satu aura yang lain dalam jiwa Keknis ni. Korang boleh baca pengalaman Keknis sebelum ni di Program Nak Ubah Hidup 2019

Nak ubah hidup ni bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat tapi perlu ada tujuan, ada matlamat dan kenapa kita nak ubah hidup? Bila dah tahu perlu kemana maka dengan itu barulah minda kita akan mengarah badan kita untuk bertindak apa yang perlu kita lakukan untuk capai matlamat tersebut.

Seperti yang Dr Azizan selalu katakan,
“Kita selalu dikuasai oleh akal pemikiran tapi sebenarnya kita juga boleh menguasai akal jika kita ada ilmu”.

Jadi diawal tahun ni sekali lagi Keknis hadirkan diri ke Program Nak Hidup 2020. Mesti korang tertanya-tanya kan program ni macam mana.  


ADA APA DENGAN PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 INI ?

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. 


Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.


Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasabiasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit. 

                          Image result for Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty."

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang woww.


Image may contain: 1 person, smiling

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

 Image may contain: 3 people, people smiling, people standing


Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.


Menerima Kunjungan Tidak Rasmi Perdana Menteri Malaysia 



Pada hari kedua berlangsungnya program Nak Ubah Hidup, Richworks International telah menerima kejutan kunjungan dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Setia City Convention Centre. Beliau dalam perjalanan ke kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Tun dimaklumkan bahawa terdapat satu perhimpunan usahawan Melayu seramai 13 ribu penyertaan.

Masa nampak Tun masuk berjalan ke pentas NUH 2020 tu, Keknis rasa macam nak berlari dan menjerit kat depan Tun je dan berkata lihatlah Tun kami bukanlah Melayu yang malas. Kami  tidak malas seperti yang Tun selalu sebut. 

Turut hadir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBHG Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana sudi singgah ke program Nak Ubah Hidup 2020 yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pagi ini. Mengulas kata Tun Dr Mahathir, "Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah. Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire." Tokoh hebat ini hadir bagi menyaksikan sendiri ramai bangsa usahawan jutawan Melayu yang sedang berusaha nak bina bisnes berjaya dan nak ubah hidup mereka.


TENTANG AZIZAN OSMAN 
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author


Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah 

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia 
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun 
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 


Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program mereka adalah: 
1. Pengurusan Bisnes 
2. Pemasaran 
3. Jualan 
4. Pematuhan Undang-Undang 
5. Perakaunan & Percukaian 
6. Operasi 
7. Kepimpinan 
8. Pembangunan Diri 
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.


Titanium RichWorks 

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan. 

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. 


Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RichWorks 

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. 

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.


Kalau korang berminat untuk join next program Nak Ubah Hidup, korang boleh terus layari laman web www.NakUbahHidup2020.com


1 comment:

  1. Seronok sangat dapat pi sini. Moga bisnes kita sama-sama maju.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2017 Keknis Kimchi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.