♥السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
02.07.19
The chicken riiiiice shop, bukan sekadar nasi ayam,
kok..kok..kok..kok..
Haha sapa yang terikut menyanyi sekali dengan keknis tu, kita geng. Meh sep sikit.
Untuk sesiapa yang belum tahu keknis memang suka makan luar, bukan bermakna keknis tak reti masak. Tapi keknis rasa makan di luar lagi menjimatkan masa dan menjimatkan wang plak.
Macam harini, masa waktu tengahari kawan keknis ajak jumpa, dok mencari-cari tempat yang sesuai untuk duduk lepak makan sambil bersembang santai tu terjumpa lah banner The Chicken Rice Shop ni. Keknis ni jenis orang yang akan makan nasi masa lunch. Kalau tak nanti mesti lapaq giler.
Dok pusing pusing kat IOI City Mall tu ternampak lah banner bawah ni.
Patutlah ramai yang beratur nak masuk, rupanya The Chicken Rice Shop ada buat offer dengan RM10 boleh dapat 2 Single Combo Meal Set. Memang ngam lah keknis dan kawan suka makan nasi ayam. Kami terus beratur jap sementara nak tunggu meja kosong.
![]() |
| Masa ni memang ramai sangat pelanggan yang tengah beratur. |
![]() |
| Semua muka happy bila order dah diambil oleh staff The Chicken Rice Shop |
![]() |
| Air berkaler kaler ni semua sedappppppp. Kecuali soft drink sebab keknis tak minum soft drink. |

Makanan sampai dengan pantas, cun lah dengan masa tu keknis pun dah lapaq giler.
Set yang keknis amek ni total semua dalam RM44.
Untuk single set tu RM10, korang boleh order antara 12.30-1.30pm jer tau. Dan rupa realiti nya adalah seperti di bawah ni
Sesuai sangat untuk orang yang jaga badan macam keknis. Nak makanan yang lengkap dengan diet tu, korang boleh tambah sayuran. Set combo ni pun sesuai untuk korang yang takde bajet besar tapi nak merasa makan TCRS boleh lah terjah outlet mereka sekarang juga.
Selepas makan tu kalau boleh susun pinggan dan kemas meja korang tu siap-siap, supaya tindakan tu boleh memudahkan pekerja TCRS. Kita permudahkan urusan mereka, nescaya Allah mudahkan urusan kita plak.
Promo Jom Sama-Sama Makan.
Promo ini terhad dari 2 July hingga 5 Jully 2019 ini sahaja di 10 outlet terpilih iaitu di IOI City Mall, Mid Valley, Sunway Pyramid, Central i-City, Aeon Mall Shah Alam, KL Gateway, One Utama, Melawati Mall, Subang Parade dan Sunway Putra Mall. Promo ni hanya sah dari jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari sahaja.
Jom save the date, jangan tunggu lama lama tau. Korang kena pergi cari outlet The Chicken Rice Shop yang tersenarai macam keknis beritahu tadi.













Atasi masalah kulit dengan Produk Natural daripada...
Dah datang dua hari berturut turut hahahaha
ReplyDeleteAdoii, bestnya dapat makan nasi ayam🤤🤤
ReplyDelete