♥السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
18.07.19
Wanita dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan. Tambahan lagi bila dah melepasi usia 25 tahun ke atas.
Masa itulah waktu terbaik untuk kita sebagai wanita menitik beratkan tahap kesihatan kulit secara luaran mahupun dalaman.
Setiap hari kita 'dihidangkan' dengan pelbagai pilihan produk dari
dalam mahupun luar negara, malah syarikat-syarikat yang dikenali ramai juga
sering menawarkan varian baharu yang didakwa lebih baik daripada keluaran
sebelum dengan formulasi mahupun ciri-ciri yang lebih baik.
Selain pempakejan yang menarik, testimoni-testimoni pengguna dan
hasil kajian yang tertera pada pek dan iklan produk menjadi sandaran dalam
menambat hati orang ramai untuk membelinya.
Namun
demikian, masih ramai yang tidak peka dan ingin mengetahui sama ada produk
terlibat mengandungi ramuan terlarang atau yang mampu memberi kesan mudarat
kepada kulit sama ada pada jangka pendek mahupun panjang. Bagi kebanyakan
pengguna, mereka sentiasa teruja apabila melihat keberkesanan suatu produk
terutamanya jika ia memberikan kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Ini
seterusnya akan mendorong mereka untuk terus setia dengan jenama berkenaan
Tanpa diketahui ramai, kandungan logam berat seperti merkuri,
plumbum atau bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotik
dan kortikosteroid sering kali menjadi pilihan pengeluar yang tidak
bertanggungjawab dalam menghasilkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan
kulit yang mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan.
![]() |
| Sumber gambar daripada google |
Merkuri boleh memberikan kemudaratan pada kesihatan dan menyebabkan
kerosakan pada buah pinggang dan saraf. Logam berat ini boleh mengganggu perkembangan
otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak apabila diserap di dalam kulit,
malah penggunaan produk yang mengandungi merkuri juga boleh mengakibatkan ruam,
kerengsaan dan perubahan pada tona kulit.
Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi
mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit.
Sungguhpun demikian, ia menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit
dan hipersensitif, selain mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran
sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit. Sementara
tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat.
Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak
selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari.
![]() |
| Sumber Gambar: Google |
Menyedari kepentingan penjagaan kulit yang baik, Farhat Laboratoires
memperkenalkan Soothing Mist iaitu semburan bagi membantu menangani masalah
penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah.
Menurut Pengasas Farhat Laboratoires, Dr. Farhat Ayaz, rangkaian
terbaharu itu mampu membantu menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya
mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.
“Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa daripada sumber alam
dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan
stress pada kulit wajah.
“Tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang,
produk terbaharu ini membantu mengatasi
masalah kulit pengguna secara semula jadi,” katanya sempena pelancaran Farhat
Soothing Mist di pasaran. Farhat Soothing Mist mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis
virginia atau lebih dikenali sebagai daun witch hazel yang membantu
mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan
herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada
penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.
![]() |
| Terdapat juga produk lain yang sesuai untuk semua jenis kulit. |
Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga
kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian
semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria,
antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. Perlindungan
antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan
memberi kelembapan kulit. Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula
bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit.
Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang
merangsang pembentukan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit
bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.
Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang
membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan
membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi
masalah jerawat dan jeragat. Manakala
sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan
kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi
kerosakan atau merengsa kulit. Farhat Soothing Mist kini ditawarkan pada harga RM150.00 sebotol 100ml.
Ramuan itu turut membantu menggantikan kehilangan asid hialuronik
serta menghalang mikroorganisma penyerang dalam sebatian beracun, seterusnya
menghasilkan kulit yang lebih sihat, berseri dan cerah. Tocopheryl acetate atau
Vitamin E merupakan nutrien penting dengan sifat-sifat antikeradangan. Ia
membantu menyokong sistem imun, fungsi sel dan penjagaan kesihatan kulit. Ia
juga bersifat antioksida dan berkesan membantu menangani kesan radikal bebas di
persekitaran. Tocopheryl acetate juga memberi manfaat perlindungan daripada kesan
sinaran UV, menggalakkan proses penyembuhan kulit, mempertingkatkan fungsi
rintangan kulit serta mengurangkan kehilangan air pada kulit.
Selain Farhat Soothing Mist, terdapat juga produk lain yang dikeluaran oleh Farhat Laboratoires antaranya adalah :
- Blossom beauty soap (RM50)
- My secret weapon (RM120)
- Sleeping mask (RM150)
- Recovery serum (RM120)
Berpengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan
kesihatan kulit, Dr Farhat dah menegtahui cara pencegahan sangat penting dalam memastikan
kesihatan yang berpanjangan.
Dr. Farhat Ayaz mengatakan bahawa Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk
penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan
rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit.
Paling penting sekali rangkaian produk Farhat Laboratoires memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Boleh hubungi nombor dibawah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Farhat Laboratoires & Farhat Wellness:
Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Email : farhatlaboratoires@gmail.com
Facebook : Farhat laboratoires & Farhat Wellness
Instagram : Farhat Wellness & Farhat_laboratoires
Talian untuk dihubungi : +6019 616 7505






















Atasi masalah kulit dengan Produk Natural daripada...