Thursday, January 30, 2020

Pengalaman Ke Program Nak Ubah Hidup 2020.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

30.01.2020


Permulaan tahun baru Keknis tahun 2020 ini dimulakan dengan menambah ilmu bisnes, disebabkan sales Keknis semakin merundum 1-2 bulan lepas, Keknis perlukan seseorang untuk bantu ubah hidup Keknis dalam mengatasi masalah kewangan. Disebabkan antara impian besar Keknis tahun ni kalau diberikan rezeki dan jodoh Keknis niat nak kawen atau pergi menunaikan umrah dan opkos lah banyak guna duit kan. So sebelum bisnes Keknis bungkus, I need to do something to be the better person in my life!


Seperti tahun sebelum ini bila balik daripada Program Nak Ubah Hidup 2019, sales Keknis terus mencanak naik. Macam ada satu aura yang lain dalam jiwa Keknis ni. Korang boleh baca pengalaman Keknis sebelum ni di Program Nak Ubah Hidup 2019

Nak ubah hidup ni bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat tapi perlu ada tujuan, ada matlamat dan kenapa kita nak ubah hidup? Bila dah tahu perlu kemana maka dengan itu barulah minda kita akan mengarah badan kita untuk bertindak apa yang perlu kita lakukan untuk capai matlamat tersebut.

Seperti yang Dr Azizan selalu katakan,
“Kita selalu dikuasai oleh akal pemikiran tapi sebenarnya kita juga boleh menguasai akal jika kita ada ilmu”.

Jadi diawal tahun ni sekali lagi Keknis hadirkan diri ke Program Nak Hidup 2020. Mesti korang tertanya-tanya kan program ni macam mana.  


ADA APA DENGAN PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 INI ?

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. 


Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.


Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasabiasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit. 

                          Image result for Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty."

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang woww.


Image may contain: 1 person, smiling

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

 Image may contain: 3 people, people smiling, people standing


Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.


Menerima Kunjungan Tidak Rasmi Perdana Menteri Malaysia 



Pada hari kedua berlangsungnya program Nak Ubah Hidup, Richworks International telah menerima kejutan kunjungan dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Setia City Convention Centre. Beliau dalam perjalanan ke kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Tun dimaklumkan bahawa terdapat satu perhimpunan usahawan Melayu seramai 13 ribu penyertaan.

Masa nampak Tun masuk berjalan ke pentas NUH 2020 tu, Keknis rasa macam nak berlari dan menjerit kat depan Tun je dan berkata lihatlah Tun kami bukanlah Melayu yang malas. Kami  tidak malas seperti yang Tun selalu sebut. 

Turut hadir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBHG Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana sudi singgah ke program Nak Ubah Hidup 2020 yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pagi ini. Mengulas kata Tun Dr Mahathir, "Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah. Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire." Tokoh hebat ini hadir bagi menyaksikan sendiri ramai bangsa usahawan jutawan Melayu yang sedang berusaha nak bina bisnes berjaya dan nak ubah hidup mereka.


TENTANG AZIZAN OSMAN 
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author


Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah 

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia 
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun 
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 


Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program mereka adalah: 
1. Pengurusan Bisnes 
2. Pemasaran 
3. Jualan 
4. Pematuhan Undang-Undang 
5. Perakaunan & Percukaian 
6. Operasi 
7. Kepimpinan 
8. Pembangunan Diri 
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.


Titanium RichWorks 

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan. 

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. 


Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RichWorks 

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. 

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.


Kalau korang berminat untuk join next program Nak Ubah Hidup, korang boleh terus layari laman web www.NakUbahHidup2020.com


Wednesday, January 22, 2020

Jom kongsi fortune anda bersama-sama dengan Marrybrown 'FORTUNE BURGER'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

22.01.20


Hi korang, tak lama lagi kan sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung. Bagi korang yang ada anak-anak masih bersekolah tu mesti tengah pening kan nak atur aktiviti di cuti sekolah nanti. Rasanya cuti sekolah pun seminggu gak tu. So apa kata start cuti sekolah hari Khamis nanti korang bawalah anak-anak korang ke Marrybrown yang berdekatan. Sambil berjalan tu bolehlah isi perut dulu dengan mencuba menu baru daripada Marrybrown iaitu "Fortune Burger"



Marrybrown memperkenalkan Kongsi Fortune ni kerana kali ni mereka bukan hanya memperkenalkan 1 set hidangan burger, tetapi ada 2 set hidangan yang super-marvellous-delicious tau. 

Hidangan yang dimaksudkan adalah Fortune Burger Blackpepper dan Fortune Burger Cheese. Kedua-dua set ini didatangkan dengan French Fries dan air fresh orange (Minute Maid Pulpy, sedap minum sejuk). So mana satu pilihan korang? Versi blackpepper atau cheese? atau kedua-duanya sekali macam Keknis ni. Hehehe

Sebenarnya Keknis dah try makan lunch tadi, punyalah tak mau ketinggalan kan. Kawan ajak ngedate tak tau nak p mana. Dok scroll fesbuk nampak iklan Marrybrown ni.

Uishhh  terliur wei tengok sos cheese tu meleleh, walaupun Keknis dok nak diet tapi bila nampak burger macam ni hatiku tewas jua akhirnya.


Fortune Burger di Marrybrown didatangkan dengan dua sos yang sedap, satu keju dan satu lagi lada hitam. Kalau korang yang sukakan pedas bolehlah cuba sos lada hitam dan kalau sesiapa yang sukakan sesuatu yang berkrim boleh cuba sos keju. Di tengah-tengahnya pula ada sekeping daging ayam yang digoreng garing, sedap dia tak boleh bawa bincang la beb. Makan plak time tengah lapaq kompom habis lerr. Sampai tak cukup ayaq sebab sos lada hitam tu pedas jugek since Keknis buka penggemar makanan pedas. 


Set Fortune Meal ni didatangkan dengan

-Fotune Burger
-Golden Fortune Fries
-Minute Maid Refresh Orange (R)

Harga bermula dari RM 14. 60 sahaja. 


Overall, Keknis prefer sos keju daripada sos lada hitam. Disebabkan Keknis tak gemar makanan pedas dan lebih menyukai menu yang cheezy so Keknis prefer Fortune Burger Keju tu. Satu set hanya berharga RM14.60 jer, didatangkan dengan Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange. By the way, korang  boleh dapatkan set ni di semua cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.marrybrown.com

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV



Monday, September 2, 2019

Pengalaman Pertama Kali Pergi Ke Program Nak Ubah Hidup 2019.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

02.09.2019


Yehh Malaysiaku dah merdeka selama 62 tahun. Belum terlambat lagi untuk Keknis ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-62 tahun Malaysia. Kemerdekaan tahun ni sangat bermakna bagi Keknis,antara sebabnya inilah nak cerita ni. 3 hari lepas Keknis berpeluang reward diri untuk join Program Nak Ubah Diri di bawah program richwork. 

Alhamdulillah sempat bergambar kat poster besar ni. Ramai sangat yang beratur nak ambil gambar kat sini.
Satu kelainan yang sangat berbeza  untuk Keknis pada tahun ni disebabkan pertama kali berpeluang untuk  meraikan sambutan kemerdekaan bersama-sama dengan team Luslimlabeb dan 10,000 peserta NUH 2019 yang lain. Korang boleh bayangkan bertapa meriahnya kami sambut kemerdekaan, bernyanyi sama-sama dan melaungkan merdeka tu sebanyak 7 kali berturut-turut.

Doc kata 12,000 ribu peserta yang join program kali ni. Setiap kali nak masuk ke dewan ni memang kena beratur beb. Silap salah percaturan korang kena tolak oleh akak-akak berbadan sado ni. Kawan Keknis ada yang kena pijak kaki. Sadis gak la sebab semua berebut nak dok di depan sekali.

Tapi itu bukan point utama yang Keknis nak kongsikan bersama-sama dengan korang pada kali ni. 

                             
Point utama yang Keknis nak highlight kat sini kalau korang yang tengah membaca ini tengah membuat bisnes dan stuck tak tahu macam mana nak grow kan lagi bisnes korang tu. Pada masa yang sama juga korang memerlukan seseorang untuk guide dan memberikan motivasi dan sokongan untuk korang memajukan business ke satu level yang lain, this program is for you. 

Untuk anda yang belum kenal Keknis lagi, yes blog ini milik keknis dan sekarang ni Keknis dah setahun fully business daripada rumah. Kepakaran Keknis adalah untuk membantu wanita yang bekerjaya di luar sana untuk menurunkan berat badan tanpa melakukan diet dan senaman yang teruk dalam proses untuk mendapatkan berat yang ideal. Hanya dengan mengamalkan minuman teh herba daripada Luslimlabeb.

So far Keknis dah dapat banyak feedback daripada pengguna luslimlabeb sendiri. Korang boleh check di instagram keknis iaitu IG: Odaerra ataupun boleh terus click link ini 




Disebabkan program Nak Ubah Hidup ni berlangsung selama 3 hari berturut-turut dan Keknis berjaya tahankan diri dan mental Keknis untuk stay dalam dewan SCCC tu sepanjang program tu berlangsung daripada awal pagi sehingga akhir program dalam lewat malam jugalah dan ini bukan program yang pertama kali Keknis hadirkan diri, jadi Keknis nak share beberapa persiapan yang korang boleh take noted incase korang nak join untuk next program under richwork. 

Antara persediaan yang korang harus lakukan sebelum hadir Program Nak Ubah Hidup:

Kali ni Keknis dan team dah well prepared berbanding dengan program sebelum ni kami langsung takde pengalaman. Agak kucar kacir la sampai sanggup tahan lapar sebab kedai makan semua penuh dan nak soalt lagi semua tak teratur jadinya sebab masa banyak terbuang tunggu makanan order tak sampai. Jadi tolong jangan ulangi kesilapan kami ni.

1) Check-in Hotel yang berdekatan Setia City Convention Center(SCCC).
Disebabkan Program NUH selalu diadakan di SCCC jadi korang boleh booked hotel ataupun homestay yang berdekatan dengan tempat program tu awal-awal supaya korang tak terlambat datang pada keesokkan harinya. Macam Keknis yang datang daripada Bangi ni memang tak larat la nak ulang alik setiap hari. Takut terlambat bangun keesokkan harinya, disebabkan program NUH 2019 ni habis lewat malam. Hari pertama program haritu, program habis pukul 11.30pm. Hari kedua program habis pukul 1am sebab kami sambung kemerdekaan bersama. Hari Ketiga program habis pukul 5.30pm. Haritu Keknis check-in di Airbnb di area sShah Alam, berdekatan Menara U2 tu. Korang boleh check di app Airbnb.


2) Carpool dengan kawan-kawan ataupun Sewa Kereta.
Memandangkan ramai yang join program sebegini, jadi kawasan parking kereta tu agak terhad. Kalau korang datang lambat memang parking terdekat dewan tu dah penuh. Keknis drive sendiri jer dan carpool dengan kawan-kawan so dapat lah share kos pengangkutan pergi dan balik. Kalau korang datang daripada luar kawasan Selangor, korang boleh sewa kereta ataupun guna khidmat grab dan seangkatan dengannya.

3) Topup Kad Tambah Nilai siap-siap RM50.
Katakan kalau korang check-in hotel di kawasan Shah Alam, korang kena melalui tol pergi dan balik. Nak masuk parking kereta di area SCCC tu dikenakan cas RM5. Kalau korang takde kad TnG tu nanti agak lambat la korang nak keluar balik sebab kena beratur di mesin bayar parking tu.

4) Order Food Delivery terus Untuk Lunch dan Dinner.
Sepanjang berlangsung program ni Keknis sarankan korang prepare siap-siap bekalan makanan korang untuk Lunch dan Dinner. Tentatif program akan dapat sehari sebelum program berlangsung, jadi korang dah boleh inform seller makanan yang korang booking tu untuk hantar makanan di SCCC 5-10min sebelum porgram break. Jadi masa rehat korang tak terbuang banyak dengan menunggu makanan di restoran ataupun foodtruck di sekeliling SCCC tu nanti. Food Delivery ni korang boleh cari di FB Group Setia Alam.

5) Bawa Telekung sendiri.
Sambil topup ilmu tu jangan dilupakan dengan kewajipan Ilahi, Keknis perasan ramai juga yang berlengah waktu solat semata-mata nak berebut tempat di depan sekali. Walaupun ada surau tambahan disediakan tapi percayalah telekung yang dibekalkan tu tak cukup untuk menampung peserta yang nak solat nanti. Yang mana muslimah suka bermakeup tu kalau boleh bawalah makeup remover masing-masing. Jangan kerana nak jaga makeup sampaikan solat terabai. Nanti ilmu ke mana bisnes pun tak pasti boleh berjaya ke tak.

6) Bawa Snack dan Botol Air.
Bawalah sedikit snack dan botol air sendiri. Korang jangan risau kalau air habis boleh refill guna water dispenser yang disediakan di sekeliling dewan. Banyak sangat water dispenser yang pihak Richworks sediakan. Jadi tak perlu risau kalau air korang habis. Refill jer k.

Dr Azizan suka bercakap lebih masa. Ni yang Keknis paling suka, diorang bagi lebih daripada apa bayaran yang kita dah bayar. Macam haritu dalam jadual seminar start pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kemungkinan besar seminar akan bermula agak lewat sikit dan habis lewat juga.

Jadi korang prepare lah snack macam roti atau gula-gula supaya korang tak rasa lapar ataupun mengantuk sangat. Keknis makan juga dalam dewan tu tapi jangan lah makan makanan yang boleh mengeluarkan aroma yang kuat plak, boleh menganggu orang lain yang nak fokus menuntut ilmu nanti.


Program kali ni Keknis berpeluang bawa seorang agen luslimlabeb under team keknis (OdaerrAngels) iaitu Kyra.

                 

Walaupun Program ni berlangsung selama 3 hari berturut-turut, Ilmu yang Doc Azizan share tu seriously banyak sangat sampaikan Keknis demam lah  dan sakit tekak selepas balik rumah. Sekarang ni pun Keknis gigih gak nak share dengan korang walaupun satu badan rasa panas giler. Banyak sangat benda baru yang Keknis belajar sampai tak tau nak start buat yang mana satu.  


Selepas habis program 3 hari di Setia City Convention Center tu Keknis dengan team Luslimlabeb bergambar dulu sebelum masing-masing pulang.


                


Doakan Keknis berjaya capai target sales bulanan Keknis selepas ini. 



Thursday, July 18, 2019

Atasi masalah kulit dengan Produk Natural daripada Farhat Laboratoires.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

18.07.19


Wanita dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan. Tambahan lagi bila dah melepasi usia 25 tahun ke atas. 
Masa itulah waktu terbaik untuk kita sebagai wanita menitik beratkan tahap kesihatan kulit secara luaran mahupun dalaman.

Setiap hari kita 'dihidangkan' dengan pelbagai pilihan produk dari dalam mahupun luar negara, malah syarikat-syarikat yang dikenali ramai juga sering menawarkan varian baharu yang didakwa lebih baik daripada keluaran sebelum dengan formulasi mahupun ciri-ciri yang lebih baik.

Selain pempakejan yang menarik, testimoni-testimoni pengguna dan hasil kajian yang tertera pada pek dan iklan produk menjadi sandaran dalam menambat hati orang ramai untuk membelinya.

Namun demikian, masih ramai yang tidak peka dan ingin mengetahui sama ada produk terlibat mengandungi ramuan terlarang atau yang mampu memberi kesan mudarat kepada kulit sama ada pada jangka pendek mahupun panjang. Bagi kebanyakan pengguna, mereka sentiasa teruja apabila melihat keberkesanan suatu produk terutamanya jika ia memberikan kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Ini seterusnya akan mendorong mereka untuk terus setia dengan jenama berkenaan

Tanpa diketahui ramai, kandungan logam berat seperti merkuri, plumbum atau bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotik dan kortikosteroid sering kali menjadi pilihan pengeluar yang tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit yang mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan.

Sumber gambar daripada google

Merkuri boleh memberikan kemudaratan pada kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan saraf. Logam berat ini boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak apabila diserap di dalam kulit, malah penggunaan produk yang mengandungi merkuri juga boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada tona kulit.

Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit. Sungguhpun demikian, ia menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif, selain mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit. Sementara tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari.

Image result for merkuri dalam kosmetik
Sumber Gambar: Google
Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap. Produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.

Menyedari kepentingan penjagaan kulit yang baik, Farhat Laboratoires memperkenalkan Soothing Mist iaitu semburan bagi membantu menangani masalah penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah.

Menurut Pengasas Farhat Laboratoires, Dr. Farhat Ayaz, rangkaian terbaharu itu mampu membantu menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.

“Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah.

“Tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu  mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi,” katanya sempena pelancaran Farhat Soothing Mist di pasaran. Farhat Soothing Mist mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis virginia atau lebih dikenali sebagai daun witch hazel yang membantu mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Terdapat juga produk lain yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit. Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.
Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat.  Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit.  Farhat Soothing Mist kini ditawarkan pada harga RM150.00 sebotol 100ml.


Ramuan itu turut membantu menggantikan kehilangan asid hialuronik serta menghalang mikroorganisma penyerang dalam sebatian beracun, seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat, berseri dan cerah. Tocopheryl acetate atau Vitamin E merupakan nutrien penting dengan sifat-sifat antikeradangan. Ia membantu menyokong sistem imun, fungsi sel dan penjagaan kesihatan kulit. Ia juga bersifat antioksida dan berkesan membantu menangani kesan radikal bebas di persekitaran. Tocopheryl acetate juga memberi manfaat perlindungan daripada kesan sinaran UV, menggalakkan proses penyembuhan kulit, mempertingkatkan fungsi rintangan kulit serta mengurangkan kehilangan air pada kulit.

Selain Farhat Soothing Mist, terdapat juga produk lain yang dikeluaran oleh Farhat Laboratoires antaranya adalah :

  • Blossom beauty soap (RM50)
  • My secret weapon (RM120)
  • Sleeping mask (RM150)
  • Recovery serum (RM120)







Berpengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, Dr Farhat dah menegtahui cara pencegahan sangat  penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan.

Dr. Farhat Ayaz mengatakan bahawa Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit.


     


Paling penting sekali rangkaian produk Farhat Laboratoires memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boleh hubungi nombor dibawah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Farhat Laboratoires & Farhat Wellness:
Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Email : farhatlaboratoires@gmail.com
Facebook : Farhat laboratoires & Farhat Wellness
Instagram :  Farhat Wellness & Farhat_laboratoires

Talian untuk dihubungi  : +6019 616 7505

Tuesday, July 2, 2019

MENU BAJET DI THE CHICKEN RICE SHOP BERSEMPENA PEMBUKAAN OUTLET YANG KE-100

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

02.07.19

The chicken riiiiice shop, bukan sekadar nasi ayam, 
kok..kok..kok..kok.. 


Haha sapa yang terikut menyanyi sekali dengan keknis tu, kita geng. Meh sep sikit.

Untuk sesiapa yang belum tahu keknis memang suka makan luar, bukan bermakna keknis tak reti masak. Tapi keknis rasa makan di luar lagi menjimatkan masa dan menjimatkan wang plak.



Macam harini, masa waktu tengahari kawan keknis ajak jumpa, dok mencari-cari tempat yang sesuai untuk duduk lepak makan sambil bersembang santai tu terjumpa lah banner The Chicken Rice Shop ni. Keknis ni jenis orang yang akan makan nasi masa lunch. Kalau tak nanti mesti lapaq giler.

Dok pusing pusing kat IOI City Mall tu ternampak lah banner bawah ni.

Patutlah ramai yang beratur nak masuk, rupanya The Chicken Rice Shop ada buat offer dengan RM10 boleh dapat 2 Single Combo Meal Set. Memang ngam lah keknis dan kawan suka makan nasi ayam. Kami terus beratur jap sementara nak tunggu meja kosong. 


Masa ni memang ramai sangat pelanggan yang tengah beratur. 

 Dalam 15-20minit keknis beratur, staff pun dah bagi meja untuk kami duduk. Keknis rasa macam nak order macam macam tapi masa tu rasa macam nak try bbq chicken.

Semua muka happy bila order dah diambil oleh staff The Chicken Rice Shop

Air berkaler kaler ni semua sedappppppp. Kecuali soft drink sebab keknis tak minum soft drink.
 Untuk set combo tu hanya available untuk 3 jenis ayam jer tau, except bbq chicken. 1st order keknis order set nasi dengan bbq chicken.



 Makanan sampai dengan pantas, cun lah dengan masa tu keknis pun dah lapaq giler.

Set yang keknis amek ni total semua dalam RM44. 

Untuk single set tu RM10, korang boleh order antara 12.30-1.30pm jer tau. Dan rupa realiti nya adalah seperti di bawah ni
Sesuai sangat untuk orang yang jaga badan macam keknis. Nak makanan yang lengkap dengan diet tu,  korang boleh tambah sayuran. Set combo ni pun sesuai untuk korang yang takde bajet besar tapi nak merasa makan TCRS boleh lah terjah outlet mereka sekarang juga. 

Selepas makan tu kalau boleh susun pinggan dan kemas meja korang tu siap-siap, supaya tindakan tu boleh memudahkan pekerja TCRS. Kita permudahkan urusan mereka, nescaya Allah mudahkan urusan kita plak. 

Promo Jom Sama-Sama Makan.

Promo ini terhad dari 2 July hingga 5 Jully 2019 ini sahaja di 10 outlet terpilih iaitu di IOI City MallMid ValleySunway PyramidCentral i-CityAeon Mall Shah AlamKL GatewayOne UtamaMelawati MallSubang Parade dan Sunway Putra Mall. Promo ni hanya sah dari jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari sahaja. 
Jom save the date, jangan tunggu lama lama tau. Korang kena pergi cari outlet  The Chicken Rice Shop yang tersenarai macam keknis beritahu tadi. 
 
Copyright © 2017 Keknis Kimchi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.